Sunday, November 27, 2011

Kenangan Di Melaka

urmm just nk cite kt uols yg sepanjang aq kerja kt melaka la kan,tiap2 hari aq lepak kt pantai klebang,asal blik kerja jek msti g sne,xkira la pkul bape pon..!hehehe smbil borak2 kt sne mata kita org asyk terpandang jek kapel2 yg sedang ehem2x..!!kita org pe lg,kutuk r kn..!tp seyes la mmg best kot same2 dgn dorg,yan,rina n wanie..!blik keje jek msti kita org g mne2 dlu,lepak2 la,mkn2 dlu la kt dpn mydin mitc,urmmm mmg syokkk r kn..!tp seyes aq mmg terhutang budi dgn diorg sbb teman aq lepak klebang..!ok jap ehh aq upload gamba kwn2 aq yg slalu teman aq lepak klebang..!



nie nama dy YAN


nie nama dy RINA


nie plak nama dy WANIE



SAY:  I WILL NEVER 4GET OUR MEMORY,LEBIU UOLS 

Salam Maal Hijrah Kepada Semua Umat Islam Tak Kira Dimana Anda Berada



Saya harap 1 Muharram ini bukan sekadar menjadi hari cuti biasa bagi kita.Tetapi ia menjadi permulaan hari dalam setahun ini,untuk menju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran yang dilaknat.Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW.Semoga iman diperkuatkan,amalan dipertingkatkan,perjuangan menegakkan syiriah Islam diperhebatkan.Semoga tahun baru Hijrah ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.


















Wednesday, April 27, 2011

SaYa NaK CaNtIk mCm niE bOlE X..waaa=(

Minat kt fasha sgt2x,wlaupon dikatankan seorang perampas..
perangai jek buruk,tp orngnya sgt2 la cantik =)


ok first skali aku nak ckp pasul knp aku minat dgn kak fasha kita nie..!
aku minat kt dy sebab dy cantik,tinggi lampai,pandai berlakon,baik n mcm2 la..!!
teringin gak kn jadi mcm dy,kulit cantik,pandai jga penampilan sume la..!!
hehehe =)



selain daripada kak fasha aku pon minat giler kt kak dynas
luv her so much.. =)


hye kak dynas..hehehe,kak dynas pon aku minat gak,sbb personaliti dy gak..!!
dy sangat2 la cantik,luv her so much,muahhxx..!
salah satu sebab aku minat kak dynas sbb cantik,pandai buat bisness,model,pandai berlakon n mcm2 lagi la..!!tp yg penting kak dynas tersngt2la cantik,nk jd mcm dy la..
hee pandai jga penampilan dri sume.!aku teringin nk jd mcm dy la..!
weeee =)


betapa besarnya pengorbanan ibu

besar pengorbanan yg Engkau berikan
tak satu’pun langkah’mu yg tak berarti di hidupku
kau keluarkan semua tenaga’mu untuk melahirkan’ku
meski semua yg terbaik telah ku berikan pada’mu
itu semua tak akan bisa menggantikan semua

    secoret kata ini, kutuliskan
    betapa besar pengorbanan’mu untuk anak’mu
    kini aku bisa memahami,
    betapa berartinya diri’mu di dunia’ku
tak mampu aku membalas semua pengorbanan’mu
hanya menghormati dan memberi yg terbaik untuk’mu
meski tak besar,aku terus berusaha untuk bisa membuat diri’mu tersenyum melihat anak’mu
IBU terimakasih, kasih dan pengorbanan’mu akan terus aku ingat.

hutan persahabatan

Berkawan denganmu
Ialah berkawan dengan ilmu,
Dengan akal yang selalu di raut,
Renung yang selalu dikikir
Dan hujah yang selalu diasah.
Berkawan denganmu
Ialah bermusuh dengan musuhmu,
Dengan si fitnah yang beraja
Pada api perasaan,
Dan si dengki yang bersedia
Membentesmu dari belakang.
Ah, kawan, lupakan mereka.
Mari teruskan perburuan kita
Di hutan persahabatan kekal ini.
Aku tidak memerlukan kata-kata indah
Tetapi tangan ikhlasmu
Apabila terjatuh di perburuan ini.
Aku hanya ingin menemanimu
Di perjalanan yang penuh halangan
Dan perburuan yang menyukarkan.
Aku tidak memerlukan mereka,
Mari teruskan persahabatan kita.

KAsIh sAyAnG DaN PeRsAmAaN

Sahabatku yang papa, jika engkau mengetahui, bahawa Kemiskinan yang membuatmu sengsara itu mampu menjelaskan pengetahuan tentang Keadilan dan pengertian tentang kehidupan, maka engkau pasti berpuas hati dengan nasibmu. 
Kusebut pengetahuan tentang Keadilan : Kerana orang kaya terlalu sibuk mengumpul harta utk mencari pengetahuan. Dan kusebut pengertian tentang Kehidupan : Kerana orang yang kuat terlalu berhasrat mengejar kekuatan dan keagungan bagi menempuh jalan kebenaran.
Bergembiralah, sahabatku yang papa, kerana engkau merupakan penyambung lidah Keadilan dan Kitab tentang Kehidupan. Tenanglah, kerana engkau merupakan sumber kebajikan bagi mereka yang memerintah terhadapmu, dan tiang kejujuran bagi mereka yang membimbingmu.
Jika engkau menyedari, sahabatku yang papa, bahawa malang yang menimpamu dalam hidup merupakan kekuatan yang menerangi hatimu, dan membangkitkan jiwamu dari ceruk ejekan ke singgahsana kehormatan, maka engkau akan merasa berpuas hati kerana pengalamanmu, dan engkau akan memandangnya sebagai pembimbing, serta membuatmu bijaksana.
Kehidupan ialah suatu rantai yang tersusun oleh banyak mata rantai yang berlainan. Duka merupakan salah satu mata rantai emas antara penyerahan terhadap masa kini dan harapan masa depan. Antara tidur dan jaga, di luar fajar merekah.
Sahabatku yang papa, Kemiskinan menyalakan api keagungan jiwa, sedangkan kemewahan memperlihatkan keburukannya. Duka melembutkan perasaan, dan Suka mengubati hati yang luka. Bila Duka dan kemelaratan dihilangkan, jiwa manusia akan menjadi batu tulis yang kosong, hanya memperlihatkan kemewahan dan kerakusan.
Ingatlah, bahawa keimanan itu adalah peribadi sejati Manusia. Tidak dapat ditukar dengan emas; tidak dapat dikumpul seperti harta kekayaan. Mereka yang mewah sering meminggirkan keimananan, dan mendakap erat emasnya.
Orang muda sekarang jangan sampai meninggalkan Keimananmu, dan hanya mengejar kepuasan diri dan kesenangan semata. Orang-orang papa yang kusayangi, saat bersama isteri dan anak sekembalinya dari ladang merupakan waktu yang paling mesra bagi keluarga, sebagai lambang kebahagiaan bagi takdir angkatan yang akan datang. Tapi hidup orang yang senang bermewah-mewahan dan mengumpul emas, pada hakikatnya seperti hidup cacing di dalam kuburan. Itu menandakan ketakutan.
Air mata yang kutangiskan, wahai sahabatku yang papa, lebih murni daripada tawa ria orang yang ingin melupakannya, dan lebih manis daripada ejekan seorang pencemuh. Air mata ini membersihkan hati dan kuman benci, dan mengajar manusia ikut merasakan pedihnya hati yang patah.
Benih yang kautaburkan bagi si kaya, dan akan kau tuai nanti, akan kembali pada sumbernya, sesuai dengan Hukum Alam. Dan dukacita yang kausandang, akan dikembalikan menjadi sukacita oleh kehendak Syurga. Dan angkatan mendatang akan mempelajari Dukacita dan Kemelaratan sebagai pelajaran tentang kasih Sayang dan Persamaan.

SuRaT uNtUk tUhAn TeRcInTa

andai aku boleh memohon kembali.
aku ingin tidak ada tangisan.
andai aku boleh kembali.
aku tidak ingin ada lagi hal yang sama terjadi pada diriku sekarang.
dan terjadi pada sesiapa pun.
tuhan andai aku boleh memohon.
jangan ada tangisan dan duka didunia lagi.
tuhan andai aku boleh menulis surat untukmu.
jangan pisahkan aku dari sahabat dan orang yang aku sayangi.
aku ingin menjadi dewasa seperti burung yang boleh terbang ketika ia dewasa.
aku ingin melihat ayah dan inginkan ayah melihat aku ketika rambutku sedang mengurai panjang
tuhan..surat kecilku ini adalah permintaan terakhirku andai aku boleh kembali..!