Tips 1 Mencerahkan Kulit Wajah
Ha! Ini ada satu petua mencerahkan muka yang sangat berkesan. Petuanya mudah sahaja, murah dan yang paling penting, anda akan dapat melihat hasilnya in an instant!
Caranya :
1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis (kat rumah saya hanya ada limau kasturi, jadi saya guna limau kasturi ajer)
Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.
Tips 2 Petua Jerawat
Petua kali ini menggunakan kulit timun.
Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat.Bersihkan wajah terlebih dahulu dan lapkan wajah sehingga kering. Selepas itu, pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah anda.
Biarkan ia mengering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih. Petua ini elok jika diamalkan pada setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.
SELAMAT MENCUBA YER =)
No comments:
Post a Comment